Antara Amalan Terbaik Jumaat

Kita sebagai penganut Islam perlu mengetahuii kaedah terbaik bagi tujuan mendapatkan keredaan Allah terutamanya di hari Jumaat yang banyak keberkatan Nya.   Kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian sepanjang termasuk Hari Jumaat oleh semua penganut... Islam baik lelaki mahupun wanita adalah seperti berikut :
 a.  Melakukan solat lima waktu dengan bak. Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran.
b. Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.
c. Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi. Bagi muslimah, perlu memilih untuk bercampur bersama wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.
d.  Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.
e. Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.   Apakah amalan terbaik untuk dilakukan pada hari Jumaat khususnya bagi lelaki?
 Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah.
Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi. Sesudah itu bersegeralah ke masjid seawal yang boleh.
Beritikad di masjid dengan melakukan ibadah-ibadah umpamanya melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir mengingati Allah.    Apabila masuk ke majlis, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang solat.   Solat Sunat.
Bacaan Surah Pilihan. Penganut Islam digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan solat tahiyatul masjid. Jangan tingggalkan solat tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat solat itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.  Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan. Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya. Selesai Solat Jumaat, bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali memohon Allah swt melindungi dirinya dari gangguan Iblis dan tenteranya sehingga Jumaat yang hadapan. Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu), justeru, hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah s.aw yang tidak ada janji-janji yang lebih manis pada hari-hari yang lain. Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya.