Mari mengukur Iman kita.

Ulama' terdahulu akan menghisab iman mereka melalui ibadah yang mereka lakukan. Mereka sentiasa takut jika amal mereka berkurangan. Jika mereka ada melakukan dosa dengan segera mereka bertaubat kpd Allah SWT. Mereka percaya jika dosa yg dilakukan dipandang ringan dan diabaikan, maka dosa akan menjadi hijab dan penghalang bagi mereka berbuat taat yakni beribadah kpd Allah SWT. Antara ibadah yg perlu kita beri
perhatian SETIAP HARI adalah:
1. Solat Fardhu (Subuh, Zuhur, Asar, Marghrib, Isyak)
- Dilakukan dimasjid atau surau? YA atau TIDAK?
- Dilakukan secara berjemaah? YA atau TIDAK?
- Dilakukan di awal waktu? YA atau TIDAK?

-Dilakukan kerana Allah atau kerana malu manusia ?. YA atau TIDAK ?.
2. Solat Sunat
- Solat Sunat Dhuha - YA atau TIDAK?
- Solat Sunat Rawatib - YA atau TIDAK?
- Lain-lain
3. Membaca Quran (Boleh diukur berapa muka surat, surah, juzuk, dalam sehari)
- YA atau TIDAK?
4. Puasa Sunat
- YA atau TIDAK?
5.     Bersedekah
- YA atau TIDAK?
6. Berzikir & Bersalawat
- Berapa kerap kita berzikir & bersalawat pada hari ini?
7. Solat Disepertiga Malam
- YA atau TIDAK?
8. Bermunajat
- YA atau TIDAK?
9.     Mendengar tazkirah, nasihat, ceramah?
- YA atau TIDAK?
10. Mengajar ilmu, berdakwah, membaca hadith Rasul SAW kpd seseorang.
    - YA atau TIDAK?
11. Menegur kesilapan sahabat seperjuangan jika da buat silap
      - YA atau TIDAK?
12. Menahan Marah?
      - YA atau TIDAK? 
13. Taat suami
      - YA atau TIDAK
jawapan adalah ditangan anda.... Fikirlah sendiri...